Tuesday, 11 October 2011

Memiliki hati yang baik dan perasaan yang positif.....

...Untuk memiliki hati yang baik dan perasaan yang positif iaitu gembira, bersemangat, ghairah, seronok, ceria, yakin, baik sangka, optimis terhadap sesuatu perkara yang kita hadapi, kita mesti memiliki terlebih dahulu perasaan yang betul tentang dunia kini....(Ahmad Salim Omar,fitrah-Solusi#2)

Penaku: <Memang payah untuk memiliki jiwa seperti ini melainkan empunya diri tidak melawan fitrah yang Sang Pencipta anugerahkan buatnya. Hidup ini mudah jika sudut pandangan kita tentang hidup ini dan ia akan terjadi sebaliknya. Menerima hakikat bahawa kita hanyalah HAMBA yang dicipta RABB tidak akan lari dari mengakui sifat tercela yang ada pada diri kita. Usahlah kita bongkak dan sombong dengan apa yang kita miliki padahal itu semua hanyalah pinjaman.

               Kita tidak akan bisa bersikap positif jika kita masih belum dapat mensyukuri kelebihan dan kelemahan yang kita miliki dan menerima kelebihan dan kelemahan orang lain. Mampukah kita hidup dalam keegoan sendiri padahal keegoaan itu yang akan merobek hati dan jiwa kita menjadi cebisan dan akhirnya kita diibaratkan menghidapi "cancer" oleh kerana hati dan jiwa yang tidak dirawat.

              Kita wajar dan patut menerima celaan dan kritikan orang lain kerana dengan itu kita sebenarnya sedang berusaha mengenal diri kita sendiri. Bak kata cendiakawan, " Jika ingin tahu perangai kita, Tanyalah pada musuh kita".

             Bukan mudah bersikap positif dan memiliki hati yang baik, jika kita sendiri tidak mengenali diri kita sendiri dan menangani cabaran hidup ini dengan positif dan berhikmah. w.a.